TABUNG AMANAH WARISAN POLIS

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Seperti yang diketahui, terdapat 5 jenis bantuan di bawah TAWP iaitu :

  • TAWP 1  Khairat kematian
  • TAWP 2  Bantuan Pergerakan
  • TAWP 3  Bantuan Perubatan / Anggota Palsu
  • TAWP 4  Bantuan Pendidikan
  • TAWP 5  Bantuan Bencana Alam

Syarat-Syarat Umum

  • Pesara yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis sepertimana yang terdapat didalam Suratcara Amanah TAWP.
  • Kelayakan pemohon ialah bekas polis termasuk SC/balu atau duda bekas polis/anak dalam tanggungan bekas polis.
  • Permohonan hendaklah menyertakan 1 salinan kad pengenalan atau kad pesara polis
  • Balu/duda yang memohon bantuan TAWP 2-TAWP 5 hendaklah menyertakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah atau sijil kelahiran anak dan salinan rekod perkhidmatan bekas polis, bagi anak dalam tanggungan hendaklah menyertakan salinan sijil kelahiran

CARA MEMOHON:

  • Permohonan hendaklah dihantar melalui lama sesawang (Portal E-Persara Polis Diraja Malaysia) sila klik link ini untuk memohon http://epesara.rmp.gov.my/
  • Sebarang Pertanyaan mengenai Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) boleh hubungi di talian

    Bukit Aman : 03-22668387

    Fax Epesara : 03-22668700
    Fax Bukit Aman : 03-20707500

    Email : epesara@rmp.gov.my
    veteran_ba@rmp.gov.my

    BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS,
    TINGKAT 25, MENARA 1,
    IBU PEJABAT POLIS DI RAJA MALAYSIA,
    BUKIT AMAN, 52560 W.P KUALA LUMPU