SYARAT KEAHLIAN PBPM

Jenis Ahli

Ahli-ahli Persatuan ini terbahagi kepada 4 kategori

  • Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Ahli Bersekutu Seumur Hidup
  • Ahli Kehormat; dan
  • Ahli Gabungan

Ahli Seumur Hidup

Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang telah berkhidmat berterusan tidak kuraf daripada dua belas ( 12 ) bulan dalam Pasukan yang seperti berikut 

  • Bekas Anggota Polis Di Raja Malaysia
  • Bekas Anggota Polis Tambahan ( EPC ) termasuk Bekas Anggota Pengakap Sempadan, Skuad Hutan, Unit Kawalan Kawasan dan Unit Senoi Praaq
  • Bekas Anggota Polis Khas ( SC )
  • Bekas Anggota Polis Bantuan ( AP ) termasuk Pasukan Kawalan Kampung ( HG ) atau lain-lain Unit yang ditubuhkan di bawah Akta Polis yang telah berkhidmay di antara tahun 1948 hingga 1963
  • Bekas Anggota Sukarelawan Polis ( PVR )
  • Bekas Polis Singapura yang berkhidmat tidak kurang daripada dua belas ( 12 ) bulan sebelum tarikh 8 Ogos 1965, bermaustatin dan menjadi Warganegara Malaysia
Kad Ahli Seumur Hidup
Kad Ahli Seumur Hidup dengan Touch N Go

Ahli Bersekutu

Terdiri dari semua WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun seperti berikut :

  • Bekas Anggota Polis Singapura yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu selepas 8 Ogos 1965
  • Bekas Anggota Polis Brunei yang pernah berkhidmat secara berterusan selama tidak kurang daripada 12 bulan dalam pasukan itu
  • Bekas Anggota Polis yang tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang tertera di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Semua Balu atau Duda kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup
  • Isteri, Suami atau Anak kepada Bekas Anggota Polis  seperti yang dinyatakan di ruangan Ahli Biasa Seumur Hidup

Ahli Kehormat

Terdiri dari mereka-mereka yang mempunya kedudukan yang baik , telah banyak membuat jasa kepada PDRM, PBPM, Masyarakat, Negeri atau Negara.

Ahli Gabungan

Terdiri dari persatuan-persatuan yang telah berdaftar di dalam atau di luar negara.

ALAMAT PBPM

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA,
N0. 13-1, Jalan Sri Rejang 3,
Rampai Business Park South,
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • +603 4131 8437
  • +603 4131 0271
  • +603 4131 4039

LAMAN SOSIAL

BERITA BAIK !

PAKEJ UMRAH UNTUK AHLI PBPM

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Zuhud Taqwa dengan harga bermula serendah dari RM5,590. Rata-rata jamaah berpuas hati dengan pakej ini, jadi tunggu apa lagi.

Seterusnya