MATLAMAT PBPM

Bertepatan dengan visi – “BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH, MENGENANG JASA PEJUANG NEGARA” berbakti sekian lamanya matlamat Persatuan Bekas Polis Malaysia meliputi perkara berikut

Menangani masalah sosio ekonomi

Memberi kepada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia dalam menangani masalah sosio ekonomi terutama dalam aspek membina keluarga bahagia, menyelesaikan konflik kekeluargaan dan masalah social remaja masa kini.

Membudayakan semangat dan sifat prihatin

Menyokong usaha-usaha ke arah membudayakan semangat dan sifat perihatin dalam masyarakat Malaysia untuk menyumbang kepada keharmonian dan kerukunan kemasyarakatan.

Membentuk Sukarelawan Koperat

Menjadi titik permulaan kepada sukarelawan koperat untuk berbakti dan menabur khidmat kepada masyarakat amnya kepada anak yatim PBPM.

Pembelaan anak-anak yatim PBPM

Memberi pembelaan penuh kepada anak-anak yatim PBPM dari segi keperluan asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, insuran serta akaun simpanan bank.

Jati diri anak yatim PBPM

Membentuk jati diri golongan anak yatim PBPM yang cemerlang dalam akademik dan pelbagai aktiviti pembangunan insan.