SEJARAH PENUBUHAN PBPM

Pendahuluan

Pada peringkat awal wujud banyak persatuan yang berasaskan perkhidmatan Polis di beberapa negeri secara berasingan yang tidak mempunyai ikatan antara satu sama lain serta mempunyai objektif tersendiri mengikut perlembagaan masing-masing, manakala aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah bersifat terhad mengikut keperluan setempat.

Semasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri beliau telah mencadangkan supaya semua persatuan-persatuan yang ada digabungkan bagi membolehkan semua bekas Polis yang berada di setiap negeri bersatu di dalam sebuah pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan. Langkah ini perlu demi kemudahan pentadbiran, pengurusan, kebajikan serta boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersifat kebangsaan. Sehingga hari ini, Persatuan Bekas Polis Malaysia mempunyai sebanyak 111 cawangan terdapat di 14 buah negeri di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak. Keahlian seluruh Negara dianggarkan seramai 100,000 orang.

"Bagi membolehkan semua bekas anggota Polis dari seluruh negara bersatu, semua persatuan yang ada perlu digabungkan dalam satu pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan"

Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 1960 hingga 1967

Sejarah Penubuhan

Melalui beberapa rundingan dan sokongan kerajaan, maka pada 6 Disember 1972 wujudlah sebuah Persatuan dinamakan Persatuan Polis Pencen dan Bekas Polis Malaysia di mana cawangan-cawangan diwujudkan di seluruh negara. Y.M. Raja Adnan bin Raja Abdullah, bekas Pengarah Cawangan Khas adalah merupakan pengasas serta Presiden pertama yang berpejabat di 24A, Jalan Pasar Borong, Off Jalan Maxwell, Kuala Lumpur. Beliau berjaya menubuhkan 14 bahagian di seluruh negara.

Di bawah kepimpinan beliau Persatuan Bekas Polis Malaysi telah berjaya mendapatkan Skim Rawatan Percuma Hospital Kerajaan kepada ahli-ahli dan juga mendapatkan pengecualian cukai kepada syarikat / orang ramai yang menyumbangkan derma kewangan kepada Persatuan. Perintah ini diwartakan melalui Warta Kerajaan GN 1400 pada 10 Mei 1973.

Pada 13 Mei 1974, nama persatuan diubah kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang kekal hingga ke hari ini. Kerajaan seterusnya menubuhkan satu unit khas untuk menaja kebajikan ahli-ahli PBPM yang diletakkan dibawah pentadbiran Setiausaha Bahagian ‘E’ Kementerian Dalam Negeri. Pada 16 oktober 1975, Ibu Pejabat PBPM bertukar ke alamat ke No. 10, Bangunan Syarikat Kerjasama Polis DiRaja Malaysia (Bangunan Koperasi Polis), Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur. Allahyarham Y.M Raja Adnan menerajui PBPM dari tahun 1972 hingga 1980.

Presiden kedua Persatuan Bekas Polis Malaysia, YBhg. Sheilkh Harun bin Abd. Rauf adalah bekas Sarjan Cawangan Semboyan, menerajui PBPM hingga tahun 1983. Ibu Pejabat Persatuan berpindah ke No. 72 Jalan Zabedah, Batu Pahat, Johor. Pada tahun 1983, Jawaian Presiden disandang oleh Tan Sri Dato’ I-Ij. Mansor bin Hj. Mohd. Noor, Bekas Pengarah KDN/ KA. Di bawah pimpinan beliau, Ibu Pejabat PBPM dipindahkan semula ke alamat JKR 2F, Blok 17, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau mengundur diri pada tahun 1985 atas sebab bergiat aktif di dalam perniagaan. Kekosongan jawatan tersebut dipangku oleh Tuan Haji Malek bin Haji Omar.

Presiden PBPM yang keempat ialah YB Datio’ Abu Zahar bin Datuk Nika Ujang (kini Tan Sri dan Speaker Dewan Negara – bekas ASP dan Exco Kerajaan Negeri Sembilan pada masa itu). Pentadbiran Ibu Pelabat berjaya di pertingkalkan dengan lebih berkesan dan sistematik. Pada 8 Januari 1995, YBhg. Dato’ Mansor bin HM Jaafar telah terpilih sebagai Presiden kelima PBPM. Beliau mencipta sejarah apabita dilantik sebagai “SENATOR” pertama yang mewakiii PBPM. Pada 30 Mei 2005 bellau meletak lawatan sebagai Presiden atas sebab kesihatan. Jawatan dipangku oleh YBhg. Datuk Yusuf Hamdain Diego hingga 16 Disember 2005.

Presiden keenam Persatuan Bekas Polis Malaysia disandang oleh YBhg. Tuan Shafie bin Bakri melalui Perhiinpunan Agung Khas Memilili Presiden pada 16 Disember 2005 yang berlangsung di Glory Beach Resort, Port Dickson, dan jawatan itu terus kekal sehingga ke hari ini. 

Melalui Perhimpunan Agung Khas pada 16 Disember 2005, YBhg Tuan Shafie bin Bakri telah dipilih sebagai presiden PBPM yang keenam sehingga 2014. 

Presiden PBPM yang ketujuh adalah YBhg Dr Hassan bin Yusoff sehingga 2016.

Pada pertengahan tahun 2016, satu perhimpunan Agung Tahunan Pusat telah memilih YBhg Tuan Haji Hussin bin Awang Ngah sebagai presiden kepalan PBPM bermula 2017 sehingga 2020.

Tahun 2021 hingga 2024, Presiden kesembilan PBPM iaitu Dato’ Haji Mokhtar bin Omar yang dipilih semasa perhimpunan Agung Tahunan Pusat yang ke 42.