UCAPAN DASAR PENAUNG PBPM

Salam Sejahtera

Saya merasa amat bangga dan bertuah apabila diminta memberi kata-kata aluan dan sokongan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) terhadap usaha murni mereka untuk memberi kebajikan kepada ahli-ahli persatuan khasnya dan kepada masyarakat amnya.

 Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan kepada PBPM  yang melancarkan kempen penambahan dana untuk tabung kebajikan bagi tujuan membiayai segala aktivitiaktiviti sosial dan kebajikan ahli-ahlinya.

PBPM adalah satu badan kebajikan NGO yang digerakkan khusus untuk menjaga kebajikan warga bekas PDRM, para ibu tunggal, balu-balu dan anak-anak kepada bekas warga bekas PDRM. Sesungguhnya ke semua mereka ini perlu diberikan pembelaan sewajarnya dengan mengambilkira pengorbanan dan jasa-jasa anggota yang mengabdikan diri demi memastikan keamanan negara sentiasa terjamin.

Saya difahamkan Ahli PBPM adalah terdiri daripada Polis bersara, Polis tidak bersara, HG, AC, SC, isteri dan anak-anak ahli. Bedasarkan rekod data base PBPM, keahlian terkini adalah berjumlah 130,000 orang tidak termasuk 10,000 orang yang terdiri dari isteri bekas Polis SC, Homeguard yang mana telah berkhidmat semasa zaman darurat 1948 lagi. Mereka adalah golongan sederhana dan miskin dengan menerima pencen yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa kini. Ahli PBPM meliputi seluruh daerah di Malaysia.

Berbagai aktiviti telah dirancang dan ada yang telah dilaksanakan demi untuk kebajikan ahli-ahli PBPM. Adalah tidak dinafikan segala aktiviti berkenaan memerlukan dana yang banyak bagi memastikan kelancarannya. Justeru itu, saya dengan suci hati menyeru dan memohon kerjasama para dermawan dan badan-badan koprat untuk tampil
menyumbang kepada tabung PBPM ini. Sesungguhnya sumbangan ini kelak secara langsung akan dapat mengurangkan bebanan yang  ditanggung oleh ahli-ahli PBPM. Sumbangan ikhlas terhadap usha murni ini, Insya Allah akan diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah  Suhanawata’ala.

Sumbangan para dermawan sekelian memberi makna yang amat besar kepada semua ahli PBPM diatas tanda terima kasih kita terhadap pengorbanan mereka kepada keamanan yang dikecapi sekarang.

Terima Kasih.

YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Dalam Negeri

ALAMAT PBPM

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA,
N0. 13-1, Jalan Sri Rejang 3,
Rampai Business Park South,
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • +603 4131 8437
  • +603 4131 0271
  • +603 4131 4039

LAMAN SOSIAL

BERITA BAIK !

PAKEJ UMRAH UNTUK AHLI PBPM

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Zuhud Taqwa dengan harga bermula serendah dari RM5,590. Rata-rata jamaah berpuas hati dengan pakej ini, jadi tunggu apa lagi.

Seterusnya