BERITA PBPM

Lawatan Pengerusi Negeri Kelantan ke Bachok

Pada 30 Disember 2018 yang lepas, Pengerusi PBPM Negeri Kelantan, Tuan Abu Hassan bin Idris, telah membuat lawatan ke kawasan Cawangan PBPM Bachok. Turut menyertai lawatan tersebut, Pembantu Pengerusi PBOM Negeri Kelantan dan Ketua Cawangan PBPM Bachok serta Ahli Cawangan Bachok. Antara sumbangan yang disempurnakan ialah, peneyerahan kerusi roda kepada Sarjan (B) Husin bin Idris juga abang kepada Pengerusi Negeri Kelantan. Sumbangan tersebut dilakukan di rumah beliau di Kampung Alor Bakat, Melor. Seterusnya sumbangan yang kedua diberikan kepada Koperal (B) Ismail di rumah beliau di Kampung Gunong. Semoga dengan sumbangan ini, kedua-dua penerima bantuan dapat hidup dengan selesa.

[envira-gallery id="1442"]

ALAMAT PBPM

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA,
N0. 13-1, Jalan Sri Rejang 3,
Rampai Business Park South,
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

LAMAN SOSIAL