19 JANUARI 2026
Pihak PBPM Pusat telah menerima sumbangan berjumlah RM5,100 daripada Bank Muamalat Ibu Pejabat (HQ) bagi membantu kebajikan balu-balu bekas polis.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas sumbangan yang telah diberikan. Sumbangan ini amat bermakna serta memberi sinar harapan kepada balu-balu bekas polis yang memerlukan.
Hadir En Zahariddin Alias , En Mohd Azam Mohd Saufi dari Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad (HQ) serta wakil dari PBPM, Haji Mokhtar Omar (Presiden PBPM), En Mohamed Lokman Mahmud (Setiausaha Agung) dan En Mohd Salleh Abdullah (Bendahari Agung) turut hadir bagi penyerahan sumbangan ini.




