SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
07 Jun 2025
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M,
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H dalam suasana penuh keberkatan.
Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada perintah Allah SWT, sebagaimana ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anakandanya Nabi Ismail a.s. Semoga semangat pengorbanan ini terus hidup dalam jiwa kita, khususnya dalam menunaikan tanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara.
Kepada seluruh warga Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang telah banyak berkorban demi keamanan dan keselamatan tanah air, sesungguhnya jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai. Semoga Allah SWT membalas segala pengorbanan dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan agar semua ahli PBPM dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan kesihatan yang baik, serta terus bersatu hati dalam memperjuangkan kebajikan warga bekas polis di Malaysia.
Ikhlas daripada
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.