MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PBPM PAHANG
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PBPM PAHANG
20 Ogos 2025
Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Negeri Pahang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YH Dato’ Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan, Temerloh atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Negeri Pahang pada hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Presiden PBPM bersama En Nasiruddin Mohamed selaku Pemerhati mesyuarat.
Turut hadir memeriahkan majlis ini ialah wakil Ketua Polis Daerah Temerloh serta para perwakilan yang hadir memberikan sokongan demi kelancaran perjalanan mesyuarat.