MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PBPM NEGERI MELAKA

17 SEPTEMBER 2025

Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Negeri Melaka
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Fazilah binti Sarip, Ketua Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya (Wakil YB Tuan Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan) atas kesudian beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Negeri Melaka pada hari ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Sahlina binti Mohd Anuar, Wakil Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Insp. Tuan Kavi a/l Nalusamy, Wakil Ketua Polis Daerah Jasin, ASP Tuan Azri bin Awang, Wakil Pegawai Turus Hal Ehwal Pesara IPK Melaka danTuan Mohd Yazid bin Mohd, Presiden Persatuan Pesara Polis Melaka.
Turut sama hadir ialah Tuan Nadzri bin Din, Penolong Setiausaha PBPM Pusat (Wakil Presiden PBPM), serta Tuan Nasiruddin bin Mohamed selaku Pemerhati Mesyuarat. Kehadiran para perwakilan yang memberikan sokongan turut menyerikan serta melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.

FOTO