03 MARCH 2026
Kunjungan Hormat Bersama Menteri Kesihatan.
Satu kunjungan hormat telah diadakan bersama Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, serta Dr. Noraryana binti Hassan dari Bahagian Kawalan Penyakit. Delegasi Persatuan Bekas Polis Malaysia telah diketuai oleh Haji Mokhtar selaku Presiden, bersama Tn Mohamed Lokman, Dato’ Basant Singh, Dr Gurdial Singh, En Nasiruddin Mohamed dan Pn Shahira yang turut hadir dalam pertemuan tersebut. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli-ahli PBPM.












