03 DISEMBER 2025
Ketua Polis Kuala Lumpur YDH CP Dato’ Fadil bin Hj. Marsus telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Dr. Basant Singh Sidhu, Persatuan Bekas Polis Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Bilik Tetamu Ketua Polis, Tingkat 12, Menara A, IPK Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara PBPM WPKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Polis Kuala Lumpur serta membincangkan penambahbaikan kebajikan yang dapat disalurkan kepada para pesara polis.
Hadir sama dalam kunjungan tersebut adalah YDH DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH SAC Wong Ing Fung, Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur. Manakala daripada pihak PBPM WPKL ialah YBhg. Dato Bentara Mokhtar bin Omar, Presiden PBPM; Encik Nasiruddin bin Mohamed, Timbalan PBPM WPKL; Encik Mohd Nasir Sebastian bin Abdullah, Setiausaha Terhormat PBPM WPKL dan Encik Gurdial Singh, Penasihat Undang undang PBPM WPKL.






