03 OKTOBER 2025
KUNJUNG HORMAT BERSAMA TYT PULAU PINANG, TYT TUN DATO’ SERI UTAMA HAJI RAMLI BIN NGAH TALIB.
Satu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Kunjungan ini diketuai oleh Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Haji Mokhtar bin Omar, bersama-sama Dato’ Basant Singh (Ketua Penerangan), Dr Gurdial Singh (Penasihat Undang-Undang PBPM dan En Ibrahim bin Yahaya(YDP PBPM Pulau Pinang).
Pertemuan ini menjadi platform penting bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan pesara polis. PBPM yakin kunjungan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dengan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi manfaat bersama ahli PBPM.











