TABUNG AMANAH WARISAN POLIS

Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Seperti yang diketahui, terdapat 5 jenis bantuan di bawah TAWP iaitu :

  • TAWP 1  Khairat kematian
  • TAWP 2  Bantuan Pergerakan
  • TAWP 3  Bantuan Perubatan / Anggota Palsu
  • TAWP 4  Bantuan Pendidikan
  • TAWP 5  Bantuan Bencana Alam
  • Bekas Polis -RM 1,000.00
  • Isteri/suami bekas polis – RM 500.00
  • Anak bawah tanggungan (hingga ijazah pertama) – RM 250.00

Syarat-syarat Khas :

  • Sijil kematian bekas polis/balu/duda/anak bawah tanggungan yang disahkan.
  • Kad pengenalan waris yang memohon yang disahkan.
  • Rekod perkhidmatan atau kad pesara yang disahkan.
  • Sijil nikah atau sijil kelahiran anak disahkan oleh penghulu/ketua kampung.
  • Jika balu atau duda bekas polis meninggal dunia, anak atau waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 500.00 sahaja.
  • Jika anak dalam tanggungan (sehingga ijazah pertama) meninggal dunia, bapa/ibu/waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 250.00 sahaja. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh enam bulan (6) selepas tarikh kematian
  • Bantuan ini untuk SEKALI PERMINTAAN sahaja
  • Kerusi roda – RM 620.00
  • Tongkat kaki 1 – RM 30.00
  • Tongkat kaki 3 – RM 54.00
  • Tongkat bahu – RM 58.00
  • Walking frame – RM 130.00

Syarat Khas :

  • 1 salinan surat Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
  • 1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
  • Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik
  • Salinan resit/invois peralatan yang ditempah

Bantuan TAWP 2 layak diberi kepada :

  1. Isteri/suami bekas polis
  2. Balu/duda bekas polis
  3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis
  4. Tidak berupaya membiayai perbelanjaan & tidak mendapat bantuan lain
  5. Pemberian bantuan hanya 1 kali sahaja bagi setiap peralatan
  • Perubatan – RM 300.00
  • Lain-lain seperti tangan palsu, kaki palsu dan lain-lain alat palsu tidak melebihi RM 5,000.00

Syarat Khas :

  • 1 salinan Laporan Pegawai Perubatan Kerajaan
  • 1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
  • Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik

Bantuan TAWP 3 layak diberi kepada :

  1. Isteri/suami bekas polis
  2. Balu/duda bekas polis
  3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis
  • Peringkat rendah- RM 150.00
  • Peringkat menengah- RM 300.00
  • Peringkat tinggi- RM 500.00

Syarat Khas ;

  • Diberi kepada anak-anak bekas polis yang masih dalam peringkat persekolahan dan pengajian tinggi.
  • 1 orang anak hanya layak untuk mendapat bantuan TAWP 4 satu kali sahaja mengikut persekolahan dan pengajian tinggi
  • Permohonan dibuat dalam tahun kemasukan bagi semua kategori bantuan
  • Mengemukakan permohonan seperti berikut :-
    • 1 salinan surat pengesahan daripada:-
      • peringkat rendah – Pengesahan guru besar
      • Peringkat menengah – Pengesahan pengetua
      • Peringkat tinggi – Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT
    • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
    • Mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan yang disahkan

Had maksima RM 5,000.00

Syarat Khas ;

  1. 1 salinan Laporan Polis dan Laporan Pegawai Kebajikan Daerah
  2. 1 salinan laporan polis serta laporan pegawai kebajikan
  3. Gambar kerosakan harta benda / kediaman
  4. Permohonan dalam tahun bencana berlaku

Bantuan TAWP 5 layak diberi kepada :

  • Isteri/suami bekas polis
  • Balu/duda bekas polis
  • Kerosakan yang diberi bantuan :-
    • Rumah
    • Tanaman
    • Ternakan

Syarat-Syarat Umum

  • Pesara yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan polis sepertimana yang terdapat didalam Suratcara Amanah TAWP.
  • Kelayakan pemohon ialah bekas polis termasuk SC/balu atau duda bekas polis/anak dalam tanggungan bekas polis.
  • Permohonan hendaklah menyertakan 1 salinan kad pengenalan atau kad pesara polis
  • Balu/duda yang memohon bantuan TAWP 2-TAWP 5 hendaklah menyertakan dokumen sokongan iaitu sijil nikah atau sijil kelahiran anak dan salinan rekod perkhidmatan bekas polis, bagi anak dalam tanggungan hendaklah menyertakan salinan sijil kelahiran

CARA MEMOHON:

  • Semua maklumat bantuan TAWP hendaklah diisi dengan lengkap mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan. Sebarang kegagalan dalam mengemukakan permohonan dengan lengkap akan menyebabkan permohonan akan ditolak.
  • Permohonan daripada ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) hendaklah dikemukakan melalui Ketua Cawangan PBPM atau Pengerusi PBPM Negeri masing-masing yang akan memanjangkan permohonan tersebut ke Kementerian.
  • Permohonan daripada bukan ahli PBPM hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Daerah/ Ketua Polis Balai untuk pengesahan sebelum dikemukakan ke Kementerian.
  • Borang permohonan boleh diperolehi daripada semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah. ATAU anda boleh muat turun di laman web Persatuan Bekas Polis Malaysia ini.
  • Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada:

    BAHAGIAN HAL EHWAL PESARA POLIS,
    TINGKAT 25,
    IBU PEJABAT POLIS DI RAJA MALAYSIA,
    BUKIT AMAN, 52560 W.P KUALA LUMPUR

ALAMAT PBPM

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA,
N0. 13-1, Jalan Sri Rejang 3,
Rampai Business Park South,
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • +603 4131 8437
  • +603 4131 0271
  • +603 4131 4039

LAMAN SOSIAL

BERITA BAIK !

PAKEJ UMRAH UNTUK AHLI PBPM

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Zuhud Taqwa dengan harga bermula serendah dari RM5,590. Rata-rata jamaah berpuas hati dengan pakej ini, jadi tunggu apa lagi.

Seterusnya