UCAPAN PRESIDEN PBPM

DATO’ HAJI MOKHTAR BIN OMAR
Presiden
Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya Ingin mengambil kesempatan di sini,merakamkan ucapan terima kasih kepada semua,kerana telah membantu dan memberi sokongan yang padu kepada saya untuk menerajuai Persatuan Bekas Polis Malaysia. Saya adalah Presiden PBPM yang ke 9 bermula pada 21 Disember 2021 yang baru lalu. Dengan usianya yang menjagkau 50 tahun, sepatutnya ia telah jauh melangkah ke kadapan, namun, kemajuannya terbantut beberapa ketika.

Hari ini dengan Azam yang baru, Dengan sokongan keahlian seramai 82,000 orang dari seluruh pelusuk Negara, saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan Hala Tuju PBPM di landasan yang betul, di samping memperkasakan kembali seperti di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

PBPM juga bertindak sebagai sebuah Badan NGO Keselamatan yang terbesar di Malaysia yang sentiasa cuba mempertahankan serta mengekalkan Kenangan serta Kehormatan terhadap mereka-­‐mereka yang pernah berjuang untuk membela dan menjaga Keamanan, Kedaulatan Agama, Bangsa  dan Negara, terutama kepada mereka yang terkorban di medan Perang dan tidak kurang juga kepada yang cacat dan cedera. Penerapan dan nilai kesedaran, 

Kefahaman, Keperihatinan dan Pengiktirafan umum kepada perjuangan mereka perlu di beri perhatian, kerana sesungguhnya itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial semua rakyat Malaysia hari ini, yang menikmati nikmat Keamanan, Keselamatan dan Kesejahteraan hidup, dek jasa yang telah mereka curahkan demi anak bangsa pada Hari ini.

Di  kesempatan ini juga saya merayu kepada Semua Kementerian Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat GLC, Syarikat-­‐Syarikat Korperat, seterusnya semua Rakyat Malaysia, supaya menterjemahkan sokongan, pengiktirafan, serta terima kasih Dato/Datin/Tuan/Puan dalam bentuk Bantuan dan Sumbangan bagi membantu Mereka-mereka yang telah uzur, Balu-­‐Balu Mereka, dan Anak-anak Yatim mereka yang sedang menghabiskan sisa-­‐sisa hidup dalam keadaan kedaifan. Dengan kerjasama semua pihak termasuk warga PBPM di semua peringkat, saya yakin dan percaya, ianya tidak mustahil akan tercapai dengan mengubah secara total Imej PBPM dan dengan memperbanyakkan bantuan Kebajikan kepada seluruh Ahli dan Masyarakat. 

Kerjasama serta bantuan daripada Dato Sri/Dato-Dato/Tuan-Tuan/Puan-Puan akan membakar lagi semangat kami supaya lebih aktif membantu para ahli dan Masyarakat.

“DARI AHLI KE AHLI”

“MENGENANG JASA PEJUANG NEGARA”

Sekian Terima Kasih.

DATO’ HAJI MOKHTAR BIN OMAR
Presiden
Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)