FUNGSI UTAMA PBPM

Persatuan ini adalah sebuah pertubuhan yang progresif, berjuang menurut lunas Undang-Undang Negara dan prinsip demokrasi yang diamalkan bagi tujuan menghasilkan cita-cita dan aspirasi Ahli, Rakyat dan Negara

Menyokong Kerajaan

Menyokong Kerajaan dalam segala dasar pentadibiran dan kegiatannya berlandaskan Undang-Undang bagi kestabilan dan kemakmuran Negara dalam segala bidang.

Mendukung Usaha Kerajaan

Mendukung usaha-usaha Kerajaan serta bersatu padu mempertahankan Perlembagaan Negara, Undang-Undang, Prinsip-prinsip Rukun Negara, keadilan dan hak asasi manusia.

Mempertahankan Bekas Polis

Mempertahankan dan mengekalkan kenangan dan kehormatan terhadap mereka-mereka yang pernah berjuang untuk membela dan menjaga kepentingan keamanan dan kedaulatan negara, bangsa dan agama, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah terkorban dan yang mendapat cacat cedera kerananya.

Bantuan kepada Bekas Polis

Memberikan bantuan dan pertolongan kepada ahli-ahli bekas polis dan tanggungan mereka yang berkehendakan bantunan dari segi kebajikan, semasa sihat, sakit atau cedera dan seterusnya, termasuk kemudahan perubatan, rawatan dan sebagainya

ALAMAT PBPM

PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA,
N0. 13-1, Jalan Sri Rejang 3,
Rampai Business Park South,
Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • +603 4131 8437
  • +603 4131 0271
  • +603 4131 4039

LAMAN SOSIAL

BERITA BAIK !

PAKEJ UMRAH UNTUK AHLI PBPM

Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Zuhud Taqwa dengan harga bermula serendah dari RM5,590. Rata-rata jamaah berpuas hati dengan pakej ini, jadi tunggu apa lagi.

Seterusnya